Letusan 2011 Gunung_berapi_Nabro

Rencana utama: Letusan Nabro 2011
Nabro pada Januari 2011Letusan Nabro pada Jun 2011

Di sebalik tidak mempunyai sejarah letusan,[4] gunung berapi Nabro meletus sejurus selepas tengah malam waktu tempatan pada 13 Jun 2011, selepas satu siri gempa bumi bermagnitud sehingga 5.7 di kawasan sempadan Eritrea-Habsyah.[4] Kepulan debunya diperhatikan satelit berarak ke barat-barat laut di sepanjang sempadan, berukuran kira-kira 50 km lebar dan beberapa ratus km panjang tidak lama selepas letusan, dengan tinggi menghampiri 15 km (8 batu).[4] Letusan ini telah mengorbankan tujuh orang dan mengeluarkan paras tertinggi sulfur dioksida (SO2) pernah dilihat daripada orbit Bumi.[5]

Pada 13 Jun Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Clinton terpaksa memotong pendek lawatan ke Habsyah akibat awan debu ini, yang diunjurkan akan memasuki arus udara jet barat-ke-timur and seterusnya atmosfera negara-negara seperti Mesir, Yaman, Israel, Iraq, Jordan, Sudan, Somalia, Djibouti dan Arab Saudi.[6][7]

Awan debu ini mula mengganggu trafik udara apabila penerbangan Emirates yang berpangkalan di UAE dibatalkan bersama dengan penerbangan Saudi Arabian Airlines.[8][9] Lapangan Terbang Antarabangsa Luxor di Luxor, Mesir diletakkan dalam keadaan darurat.[10]

Rujukan

WikiPedia: Gunung_berapi_Nabro http://www.almasryalyoum.com/en/node/468030 http://www.ameinfo.com/268125.html http://www.dubaichronicle.com/2011/06/14/emirates-... http://earthquake-report.com/2011/06/26/unusual-se... http://www.irishweatheronline.com/news/earthquakes... http://www.springerlink.com/content/jaf8w52xm8g2r3... http://www.volcanolive.com/eritrea.html http://www.volcano.si.edu/world/volcano.cfm?vnum=0... http://earthobservatory.nasa.gov/NaturalHazards/vi... //doi.org/10.1007%2Fs00445-004-0362-x